Want your
own Fotopage?









 
Aisya Imya photo collections
Lilypie 3rd Birthday Pic
By: aisya imya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Saturday, 11-Oct-2008 05:50 Email | Share | | Bookmark

hari ni ada banyak aktiviti. kul 9 pagi, gi tolong pok nik pindah rumah. kul 10.30 pi open house. ada dua open house 'breakfast' hari ni. 11.30 pagi nak gi pick-up member datang dari portsmouth. dia dok sana sorang. suruh mai birm, leh ler beraya. ada la suasana meriah sket.

Care to comment?


Friday, 10-Oct-2008 11:05 Email | Share | | Bookmark
gambar2 dari handphone mama

040908 1654
310808 1428
310808 1427
View all 97 photos...
dah berzaman dah gambar2 ni tapi tak d/load masuk computer aja... bawah tu date dan time gambar tu di ambil...ingat mama nak atur ikut date & umur aileen tp tak berkesempatan... abah yg d/load seme ni...

siannyer pipi aisya.... teruk gak rashes dia kan.... Thu 16-Oct-2008 23:32
Posted by:unnamed
Add comment


Thursday, 9-Oct-2008 23:41 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
aisya dekat 'stay and play'. nak register masuk nursery tak cukup umur. aisya birthday dia bulan 11. tak cukup umur nursery. kena try balik bulan 11 karang. nak gi antar ke playgroup, kena bayar.. by hour pulak tu.

jadiknya, kena lah join 'stay and play'. program ni 1.15sampai 3pm. bezanya sorang guardian atau parent kena ada sama, menunggu anak. aktviti pun memain je. tak lah serius belajar macam tadika/nurseri.

aisya blom pandai berkawan, asyik nak tarik barang permainan. tak reti nak syer syer lagi.

Care to comment?


Thursday, 9-Oct-2008 22:30 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 13 photos...
dah jumpa play park baru. biasanya dok bawa aisya pegi play park kecik je dekat ladywood. jauh jugak kena pusing pusign drive. yg baru ni dekat la jugak dgn rumah. 2 miles gitu. tapi jalan dia mudah, takyah jem. ada padang luas, ada 2 tasik besar. fasiliti baru diupgred, jadi toilet pun takdek kot. tapi ok , sebb kawasannya bersih, kemas teratur. tadek poo poo swan dgn itik. taman tempat lain, penuh dgn poo poo sesaja.

Care to comment?


Thursday, 9-Oct-2008 22:23 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
berat adik sekarang ni dah 4.1 kg. dah berat dah nak dokong jalan jalan. aisya pantang tgk adik kena dokong, dia pon nak berdokong. kalau tolak adik dalam push chair graco yg besar dan berat tu. letak aisya atas bumbung pushchair, tak la dia mengamuk suruh berdukung. kalau pakai push chair graco tandem, adik baring kat belakang, aisya dok kat depan.

ni gambar adik tido. adik dah pandai tiru aksi kakak dia. takmau tido sendiri. nak tido berdokong. tapi, nasib baik la, adik ada trick sendiri. dia suka tido dalam car seat. ada member bagi car seat yg ada base. jadi, adik leh diusung dari keter masuk ke rumah, takyah kluar car seat. dia leh sambung tido terus dlm tu. mudah sket. tapi, tak lama lagi kena carik lain dah. dah mcm tak muat dah car seat tu.

Care to comment?


Thursday, 2-Oct-2008 20:35 Email | Share | | Bookmark

 
gambar Univ di waktu pagi. Dah duduk dekat dengan Univ sekarang ni. senang dan cepat je sampai. Tak payah menunggu ketapi dan berjalan kaki jauh dah. Sekarang ni samada bawak keter dlm 10 minit termasuk parking. Bas blom sempat try lagi. laluan dia nampak dekat ja, tapi taktau la kalau dia pusing masuk taman mana mana dulu ke. next week mula naik bas. nak biasakan aisya ke playgroup dulu.

rutin harian buat masa ni-
7.30pagi gi univ.
12 thri balik, masak, makan lunch
1 thari gi playgroup. playgroup mula 1.15 thari sehingga 3 ptg.
balik hantar mama, aisya dgn aileen fatima ke rumah.
makan oat dgn yogurt lapik perut sket.
terus gi univ balik. kena kluar rumah dalam 4 ptg kalau dak jalan jem org balik keje.
stay kat univ sampai malam. nak try sampai 9 malam ke. atau sampai perut dah berbunyik.

gambar tu...univ diwaktu pagi. dalam pukul 7.30 pagi.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
Sat 4-Oct-2008 08:17
Posted by:HiCMat
fakulti engneering kat pdg ragbi lagi ke...
fakulti abg kat bhg belakang... westmere.... tak de dah kut
Thu 9-Oct-2008 17:06
Posted by:opah khalil_puo@yahoo.com
ha'a. berdepan pdg ragbi. selalu park keter kat pintu masuk seberang jambatan kecik seberang parit mengadap padang ragbi. pastu jalan ke school. Thu 9-Oct-2008 21:57
Posted by:abah aisya,aileenfatima
Add comment


Tuesday, 30-Sep-2008 18:30 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 4 photos...
kat islamic center. bangunan corner lot, rumah awam convert jadik musalla.ada org sedekah bangunan kot, buat jadik tempat kumpul org islam. semayang raya kat sini, imam di kalangan ustaz ustaz kat sini. ada 4-5 orang ustaz kat sini. aisya tido pulak, jadiknya kena lah semayang sambil dokong dia. semayang duduk atas krusi je lah. kalau letak terus nangis. hari tu dia dah buat dah. tgh semayang maghribdekat majlis iftar, habis dia menangis satu hall dengar.

Care to comment?


Tuesday, 30-Sep-2008 18:22 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 4 photos...
majlis iftar berbuka posa ramai ramai minggu terakhir ramadhan. bersama dgn majlis khatam alQuran oleh group tadarus. Aisya dok dgn mama dia. baru 30 hari dari tarikh bersalin. tapi dah last time nak kumpul ramai ramai. join je lah.

Care to comment?


Monday, 29-Sep-2008 21:10 Email | Share | | Bookmark

A'salamualaikum semua, Salam Aidil fitri dan Maaf Zahir dan Batin. Halalkan Segala makan dan minum, dan semoga dipermudahkan segala kerja seharian. Kami sekeluarga akan mula beraya esok dan akan bersembahyang beramai ramai mula dengan takbir pada 9.15 pagi esok. Nanti akan diuploadkan gambar raya di sini. Salam Raya untuk semua dan jangan lupa bayar zakat.

Care to comment?


Saturday, 27-Sep-2008 05:40 Email | Share | | Bookmark


rumah apartment. rumah sewa baru ni dekat sket dgn univ. dlm 2 batu. ada bas free tapi blom pi ambik kupon dekat admin ofis. budak baru undergrad tgh ramai beratur. tak nampak malaysian. register lepas raya kot. rumah ni sejuk, tapi tengahari satgi dapat dehumifier delonghi dec21. order kat amazon.com . bila dh pasang benda tu, boleh onkan semua gas heater. panas sket rumah ni. Sat 27-Sep-2008 05:45
Posted by:abah aisya  - [Link]
dah tgk gambor fatimah dan aisya....cute nyer...
cian aisya...makin merah pipi dia...
pak uda baru rgister YM. boleh lah guna kalau nk hantar msg nnt.
nk tgk gambar live pun ok.
Sat 27-Sep-2008 07:59
Posted by:opah khalil_puo@yahoo.com
salam,selamat hari raya.
balas e-mail gua, zag4321@yahoo.com
04-4959626
Thu 2-Oct-2008 18:45
Posted by:zainalabidinabdullah zag4321@yahoo.com
Add comment


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.